Friday, 15 February 2013

tersenyum. :)

Alhamdulillah.
syukur kehadrat illahi.

Alhamdulillah. syukur sangat. walaupun result aku tak sebagus orang lain, aku tetap bersyukur. kalau semester 1 aku diuji dari segi mental, semester 2 ni aku diuji lebih hebat lagi. bermula dengan kemalangan 17 September terpaksa bercuti selama sebulan setengah dan terpaksa tinggalkan kelas, kemudiannya dengan gugur taraf sebagai student UiTM memang meragut ketenangan jiwa aku sekaligus menggugat emosi aku yang sememangnya tak stabil ni. huhu. lepas Mc aku nekad teruskan pengajian walaupun ramai yang menyuruh aku menangguhkan pengajian untuk semester 2 ni. tapi aku taknak. memang aku terkapai-kapai. hari first ke kelas, aku zero. setiap kuiz, test yang aku jawab boleh dikatakan semuanya tak mencapai target langsung. aku mengaku aku tak boleh bawa. tapi aku taknak tangguh pengajian. aku nak habiskan pengajian ni same2 dengan kawan2 aku. sebelum final exam, carry mark yang aku dapat semuanya menghampakan. masa tu memang aku dah rasa inilah saat terakhir aku berada di UiTM. 

orang cakap, selagi ada masa takde istilah terlambat mahupun putus asa. tetaplah berjuang walaupun dalam keadaan putus asa. Alhamdulillah. Allah memang permudahkan semua urusan aku masa final exam. walaupun aku still rasa tak berapa bagus, result yang keluar pagi tadi tak menghampakan. syukur sangat. Allah bagi aku ujian, bagi aku rasa sakit, sedih, rupanya nak gantikan dengan berita gembira. memang takde apa yang boleh dibanggakan dengan result yang macam tu. tapi aku belajar erti kehidupan. takde apa yang mustahil. bilamana kita redha, ikhlas, sabar dan kemudiannya kembali pada DIA, percayalah takkan sekali pun DIA meninggalkan kita. ALLAH bantu aku. ALLAH dengar doa2 aku. ALLAH kuatkan aku. Sabar itu permulaannya memang pahit. sangat pahit. tapi pengakhirannya, sangat manis. semua kuasa ALLAH kan. aku belajar erti menghargai masa-masa yang aku perolehi. menghargai setiap pengorbanan yang datangnya dengan penuh keikhlasan. dan sentiasa ingatkan diri untuk redha, ikhlas dan serahkan pada DIA. pegangan aku bila buat sesuatu, ingatlah pasti ALLAH akan membalasnya. sikit ataupun banyak, cepat mahupun lambat. pasti ALLAH tunjukkan. tak kira yang baik mahupun tidak. memang permulaan sakit, tapi bila ALLAH bukakan hati, Alhamdulillah rasanya sangat indah. 


terima kasih pada kedua-dua mak, abang, kakak, kawan2 dan yang paling banyak berkorban semester 2 ni, fikri tersayang. Alhamdulillah. kami berdua masih meneruskan pengajian. masih sama2 di UiTM Kampus Puncak Alam. masih sama2 lagi. tanpa mereka2 ni mungkin aku tak mampu untuk teruskan langkah. belum cukup kuat untuk aku melangkah keseorangan. sayang mereka dunia akhirat. semoga ALLAH kekalkan kebahagiaan ini. Alhamdulillah. Aturan yang paling baik, ditetapkan oleh DIA. kerana redha ini, ikhlas ini, kesabaran ini, pengorbanan ini, Alhamdulillah aku puas. puas demi orang yang aku sayang. Inshaallah. selagi nyawa dikandung badan, selagi itu aku akan berusaha membahagiakan mereka. dan sekarang tak sabar nak habiskan cuti semester untuk semester 2. tak sabar nak mulakan kuliah untuk semester 3. tak sabar nak sama-sama lagi dengan mereka. dan tak sabar nak lihat senyuman dia. rindu ni sudah terlalu sarat. aku tak mampu nak tanggung. walaupun aku cuba hadamkan setiap rasa ini, hakikatnya aku tak mampu. rindu. ~


No comments: