selamat hari raya buat semua umat islam diseluruh dunia. maaf zahir dan batin.
buat yang tersayang dan yang paling aku cinta, ini syawal kedua kita bersama. aku mohon keampunan darimu untuk setiap ketelanjuranku. untuk setiap satu kata yang mengguris kalbumu. untuk setiap airmata yang mengalir dipipi mahupun hatimu. untuk setiap saat terburuk yang aku beri padamu. untuk setiap satu beban yang aku tinggalkan dibahumu. untuk segala-galanya. aku mungkin bukan sesiapa dalam hidupmu. tapi aku harap kau tahu bahawa kau satu-satunya lelaki yang aku mahu sehingga akhir hidupku. terima kasih untuk semua bahagia ini. terima kasih untuk semua pengorbananmu. terima kasih untuk setiap senyuman yang kau berikan. terima kasih kerana membuat aku tersenyum disetiap hariku. terima kasih untuk setiap kesabaranmu. sayangnya aku padamu, hanya Allah yang tahu MFMT. :')
No comments:
Post a Comment