Friday, 6 April 2012

jika aku mampu..

jika aku mampu puaskan hati semua orang mesti bestkan. tapi aku x mampu. jika aku mampu buat semua orang tersenyum, mesti bahagiakan sbb melihat orang2 yang kita sayang tersenyum merupakan suatu nikmat pada aku. jika aku mampu jadi sebaik2 wanita, DIA lah lelaki yang paling bahagia didunia ini. jika aku mampu jadi setabah2 manusia, mesti aku x kan mengalirkan airmata. aku x pernah diminta ditatang bagai minyak yang penuh. aku x pernah diminta utk dituruti semua kata. aku x pernah minta untuk dipenuhi semua kehendaknya. aku tak pernah minta kau berubah pada siapa kau asalnya. tapi tahukah kau aku juga punya hati seperti orang lain yang perlu dijaga. ye!tak pernah aku minta kau menjaganya. tak pernah aku minta kau memahaminya. tapi tidak pernah terlintas sedikit pun kah dihatimu untuk cuba memahami ku?silap besar bila kau melihat senyumanku tiap kali aku mengetahui sesuatu kerana disebalik senyuman itu aku sembunyikan seribu satu rasa. disebalik senyuman itu aku cuba damaikan hatiku agar tidak menangis dihadapanmu. aku cuba menjadi setabah2 wanita dihadapanmu. tak pernah aku ceritakan padamu apa perasaan ku tiap kali aku menjadi bahan oleh orang2 yang kau syg. tidak pernah sekalipun aku memintamu menjaga hatiku tiap kali aku terluka melihat kemesraan kau bersama mereka. tidak pernah sekalipun aku melakukan kesalahan pada mereka tapi masih juga aku menjadi insan yang dibenci mereka. jika aku mampu melakukan pengorbanan, mengapa tidak kau?
jahatkah aku?salahkah aku?berdosakah aku?aku mencari seribu kekuatan untuk menyatakan semua ini. ketahuilah sesungguhnya aku bkn wanita yang sempurna. tak aku minta kau sepenuhnya menjadi milikku. cukup dengan membuatku tersenyum disisimu sudah terasa kebahagiaannya. aku belajar menerima siapa diri kau seadanya. aku belajar menerima kekurangan dan kelebihan kau seadanya kerana aku percaya yang kurang dan lebih itulah yang akan menjadi pelengkapnya. andai aku perlu pergi dari hidupmu saat ini, teruskan lah tersenyum kerana senyuman mu itu penawar pada setiap kedukaan ku. aku mencuba menjadi segalanya padamu tapi aku tak mampu kerana aku tahu hatimu milik mereka. assalamualaikum