Wednesday, 19 February 2014

hidup ini susah untuk diduga. kadang-kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang tapi sebenarnya jauh. walaupun kita dapat capai dan genggam tangannya, tapi belum tentu hati dia dapat kita selami. mungkin kadang-kadang kita dapat tengok dia ketawa tapi kita tak tahu apa di sebalik senyumannya. bila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya. walhal kehadiran kita langsung tidak dihargai. rencah dunia. kita tidak tahu siapa kawan siapa lawan sehinggalah sampai masa kita jatuh. adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau kita ditinggalkan ?

mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa. mengenali seseorang itu kadang-kadang membuat kita mengalir air mata. sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa. marah , sedih, gembira, sayang dan rindu tapi sedarkah kita mengenali seseorang itu adalah satu anugerah. biarpun hadir nya cuma seketika dalam hidup kita, TUHAN akan bagi kita peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul kita sayang tapi hanya sekali. sekiranya kita leka kita akan kehilangannya buat selamanya. tapi kita tak pernah tahu siapa orangnya jika kita sendiri tak pernah sedar dan tak pernah cuba untuk menghargai kehadirannya.

mungkin setelah segalanya berlalu baru kita mula sedar dan mungkin kita tak berpeluang untuk memilikinya untuk selamanya. kadang-kadang kita tak sedar orang yang kita tak peduli sayang sangat kat kita. kadang-kadang kita tak sedar,kita terlampau sayang kat orang sedangkan dia selalu sakitkan hati kita. begitulah ALLAH mengasihi kita. kadang-kadang ALLAH tak berikan kepada kita apa yang kita nak kerana ada yang lebih baik untuk kita.

Aku minta pada ALLAH setangkai bunga segar, ia berikan kaktus yang berduri.
Aku minta pula kupu-kupu ia berikan ulat.
Aku sungguh kecewa dan bersedih.
namun tak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali.
dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang sangat cantik.

kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir dan kilat.
kita bersedih dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya matahari.
rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang sungguh indah.

-me-

Friday, 9 August 2013

Aidilfitri :)

selamat hari raya buat semua umat islam diseluruh dunia. maaf zahir dan batin.

buat yang tersayang dan yang paling aku cinta, ini syawal kedua kita bersama. aku mohon keampunan darimu untuk setiap ketelanjuranku. untuk setiap satu kata yang mengguris kalbumu. untuk setiap airmata yang mengalir dipipi mahupun hatimu. untuk setiap saat terburuk yang aku beri padamu. untuk setiap satu beban yang aku tinggalkan dibahumu. untuk segala-galanya. aku mungkin bukan sesiapa dalam hidupmu. tapi aku harap kau tahu bahawa kau satu-satunya lelaki yang aku mahu sehingga akhir hidupku. terima kasih untuk semua bahagia ini. terima kasih untuk  semua pengorbananmu. terima kasih untuk setiap senyuman yang kau berikan. terima kasih kerana membuat aku tersenyum disetiap hariku. terima kasih untuk setiap kesabaranmu. sayangnya aku padamu, hanya Allah yang tahu MFMT. :')


Friday, 26 April 2013

i miss you. ~

rindu sangat nak update blog. rindu sangat nak bercerita dekat blog ni. rindu sangat nak merepek dekat sini. terlalu lama rasanya menghilang. terhalang oleh ruang dan waktu yang sentiasa tak pernah cukup untuk aku. sentiasa dicemburui dan mencemburui. walaupun sekarang masih juga sibuk dengan macam-macam perkara, tetap juga nak update. rasa macam nak abadikan setiap apa yang ada. dah macam diari dah blog ni pada aku. hampir 3bulan aku tak update apa-apa sebabnya sibuk dengan urusan study. lepas dapat result untuk semester 2, aku sibuk pulak uruskan pasal kolej, yuran, zakat dan pengajian. Alhamdulillah, selesai semuanya walaupun ada macam-macam ujian. Redha dengan semuanya sebab taraf kita sebagai hamba memang layak diuji oleh DIA. perlahan-lahan aku selesaikan segala masalah dan urusan bersendirian. gagahkan juga diri. tanya sana-sini. cuba berdiri dengan kaki sendiri tapi aku sering juga tersasar. dengan pertolongan kawan-kawan akhirnya semuanya berjalan lancar. pengalaman baru dalam hidup.

bermula semester tiga, aku dah start pergi kuliah sendiri sebab duduk kolej. dapat roomate baru dan housemate baru. rasanya aku lebih selesa macam ni walaupun kadang-kadang rasa sunyi sebab buat segalanya sorang-sorang. sebenarnya tak sorang-sorang sebab masih ada encik <3 yang temankan dan bagi semangat. kawan-kawan pun sama walaupun majoriti duduk luar kampus. dengan jadual kelas yang padat, kadang-kadang tak cukup rehat apatah lagi makan. semester ni lebih mencabar. semakin banyak project dan assignment yang semuanya meminta diberi perhatian. semester ni jugak ada dua kelas yang aku sama dengan  encik <3 . dari semester 1 lagi dah study dengan encik <3 cuma bezanya dulu study berdua, tapi sekarang ramai-ramai. rasa gementar tu tetap ada. setakat ni semuanya berjalan mengikut laluannya. dan harapnya sampai habis semester pun macam tu juga. dipermudahkan segalanya. :)

semester ni juga hubungan aku dengan encik <3 genap setahun. dah 3 semester jatuh bangun sama-sama. ujian yang datang kadang-kadang bukan yang diduga. dengan kesabaran yang tinggi je mampu menepis semuanya. Alhamdulillah, semakin hari semakin memahami, semakin gembira dan jujurnya aku bahagia. :)

celebrate birthday <3
22tahun.
"maaf takde hadiah. cume kek je yang mampu. hope abg suke dengan suprise ni."

tarikh yang sama juga, happy 1 year ! :)
25 Mac 2012 - 25 Mac 2013

wajah baru, hidup baru :)

kehidupan yang sibuk. masih meneruskan perjuangan untuk segulung ijazah. semoga dipermudahkan urusan kami berdua sehingga akhirnya. aminn

" Semua hari adalah sama. Jika datang hari yang menyedihkan, bersabarlah. Jika datang hari yang menggembirakan, bersyukurlah. "

Alhamdulillah. syukur. terima kasih Allah untuk segala yang kau pinjamkan ini. 
" setahun sebulan dan sehari. "


Friday, 15 February 2013

tersenyum. :)

Alhamdulillah.
syukur kehadrat illahi.

Alhamdulillah. syukur sangat. walaupun result aku tak sebagus orang lain, aku tetap bersyukur. kalau semester 1 aku diuji dari segi mental, semester 2 ni aku diuji lebih hebat lagi. bermula dengan kemalangan 17 September terpaksa bercuti selama sebulan setengah dan terpaksa tinggalkan kelas, kemudiannya dengan gugur taraf sebagai student UiTM memang meragut ketenangan jiwa aku sekaligus menggugat emosi aku yang sememangnya tak stabil ni. huhu. lepas Mc aku nekad teruskan pengajian walaupun ramai yang menyuruh aku menangguhkan pengajian untuk semester 2 ni. tapi aku taknak. memang aku terkapai-kapai. hari first ke kelas, aku zero. setiap kuiz, test yang aku jawab boleh dikatakan semuanya tak mencapai target langsung. aku mengaku aku tak boleh bawa. tapi aku taknak tangguh pengajian. aku nak habiskan pengajian ni same2 dengan kawan2 aku. sebelum final exam, carry mark yang aku dapat semuanya menghampakan. masa tu memang aku dah rasa inilah saat terakhir aku berada di UiTM. 

orang cakap, selagi ada masa takde istilah terlambat mahupun putus asa. tetaplah berjuang walaupun dalam keadaan putus asa. Alhamdulillah. Allah memang permudahkan semua urusan aku masa final exam. walaupun aku still rasa tak berapa bagus, result yang keluar pagi tadi tak menghampakan. syukur sangat. Allah bagi aku ujian, bagi aku rasa sakit, sedih, rupanya nak gantikan dengan berita gembira. memang takde apa yang boleh dibanggakan dengan result yang macam tu. tapi aku belajar erti kehidupan. takde apa yang mustahil. bilamana kita redha, ikhlas, sabar dan kemudiannya kembali pada DIA, percayalah takkan sekali pun DIA meninggalkan kita. ALLAH bantu aku. ALLAH dengar doa2 aku. ALLAH kuatkan aku. Sabar itu permulaannya memang pahit. sangat pahit. tapi pengakhirannya, sangat manis. semua kuasa ALLAH kan. aku belajar erti menghargai masa-masa yang aku perolehi. menghargai setiap pengorbanan yang datangnya dengan penuh keikhlasan. dan sentiasa ingatkan diri untuk redha, ikhlas dan serahkan pada DIA. pegangan aku bila buat sesuatu, ingatlah pasti ALLAH akan membalasnya. sikit ataupun banyak, cepat mahupun lambat. pasti ALLAH tunjukkan. tak kira yang baik mahupun tidak. memang permulaan sakit, tapi bila ALLAH bukakan hati, Alhamdulillah rasanya sangat indah. 


terima kasih pada kedua-dua mak, abang, kakak, kawan2 dan yang paling banyak berkorban semester 2 ni, fikri tersayang. Alhamdulillah. kami berdua masih meneruskan pengajian. masih sama2 di UiTM Kampus Puncak Alam. masih sama2 lagi. tanpa mereka2 ni mungkin aku tak mampu untuk teruskan langkah. belum cukup kuat untuk aku melangkah keseorangan. sayang mereka dunia akhirat. semoga ALLAH kekalkan kebahagiaan ini. Alhamdulillah. Aturan yang paling baik, ditetapkan oleh DIA. kerana redha ini, ikhlas ini, kesabaran ini, pengorbanan ini, Alhamdulillah aku puas. puas demi orang yang aku sayang. Inshaallah. selagi nyawa dikandung badan, selagi itu aku akan berusaha membahagiakan mereka. dan sekarang tak sabar nak habiskan cuti semester untuk semester 2. tak sabar nak mulakan kuliah untuk semester 3. tak sabar nak sama-sama lagi dengan mereka. dan tak sabar nak lihat senyuman dia. rindu ni sudah terlalu sarat. aku tak mampu nak tanggung. walaupun aku cuba hadamkan setiap rasa ini, hakikatnya aku tak mampu. rindu. ~


Thursday, 14 February 2013

:')

Kadangkala hati kita menjadi kabur,
apabila segala nikmat berada di depan mata,
tapi bila ia tiada,
hati kita gundah gulana mencari kemana hilangnya..

Kadangkala yang sedikit itu,
tak pernah kita nak bersyukur,
malah merengek seperti tidak cukup dengan apa yang diberi..
Dan apabila yang sedikit itu menjadi banyak,
tak pernah kita nak hargai,
malah membiarkan ia seolah-olah ia sudah cukup dan tidak bermakna lagi..

Tapi, bila semua itu ditarik semula,
hilang dari genggaman,
mana mungkin ia akan datang kembali,
setelah ia dipersia dan tidak dihargai,
Pergilah ia mencari yang sudi menghargai..

Sunday, 3 February 2013

:')

and the truth....
" i really miss. "

10 bulan sudah. kali ni lambat update sikit. cutikan. nak menghadap laptop memang tak berapa nak rajin. hehe. selamat yang ke-10 bulan 1 minggu dan 2 hari. kerinduan yang teramat sangat mula melanda. takpe. ujian Allah. sabar. mesti DIA berikan sesuatu nanti. Inshaallah. wish the best for our relationship. semoga kita sama2 matang seiring dengan usia hubungan kita. even baru nak setahun jagung, dah banyak memori terciptakan. ketawa, menangis, bergaduh, gurau senda semua sama2 kan. kita bertemu, mengenal, bertengkar, terpisah, ditemukan semula diberi ujian untuk terus kuat. Alhamdulillah. saya kuat kerana awak.


" Inshaallah.. pasti suatu hari nanti kita akan ketemu juga. "
simpan dan pegang kata-kata ini.
sayang kedua-dua nya.
yakin. doa. usaha. tawakal
serahkan pada DIA.
sebaik-baik perancang.
Inshaallah. :)

Friday, 11 January 2013

fall in love again. :)

jatuh cinta dengan pemilik senyuman ni. :)
dia punya senyum buat hati ni tak aman. hehe
bila tengok dia senyum, aku pon nk senyum.
hebatkan dia.
he belong to me.
one day....
Inshaallah. 




kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
kau tunjukkan aku bahagia
kau tunjukkan aku derita
kau berikan aku bahagia
bersama mu aku kenal apa itu erti dewasa
kau ajarkan aku segalanya tentang erti sebuah kehidupan
..sesuatu yang berharga sayang..
dan
~ itu adalah kau ~
- MFMT -