Thursday 17 May 2012

hari itu. ~

macam2 terjadi sepanjang saya tak update blog saya ni. banyak yg nak dicerita tapi ada je halangannya. bukan hidup namanya kalau tak dilanda ujian dan dugaan. minggu lepas byk yg sedih jadi. si dia accident. syukur takde pape. tak blh bayangkan kalau jadi pape kat dia. he's my everything. mmg blh gila tanpa dia. *sebenarnya tak kuat tanpa dia.


jumaat lepas..
saya tahu awak dah baek tapi tak sepenuhnya. bila awak ckp dada awak sakit, saya tak sedap hati. tapi awak tetap ckp awak ok. malam tu awak kuar dgn bdk2 ni. urm. saya ingatkan awak balek kolej balek. rupanya tak. kamu tidur katne pon saya taktau. saya tak marah awak nak pi mana2 tapi awak tu bkn sehat sgt. bila difikirkan balek, siapa lah saya nak halang2 awak. so, silent is better. saya nak ajak awak kuar sebenarnya sabtu tu tapi belum sempat saya ajak, awak cakap nak gi kenduri sepupu awak kawen. so, lupakan pasal sabtu. -___-
**saya rasa malam tu saya tertidur. taktau ape jadi pastu. 


pagi tu dalam pukul 7 handphone menyanyi2 dgn riangnye. lagu aishiteru kot. haha. jiwang kan. set lagu tuh mmg untuk awak. :)


:')
taktahu nk rasa ape lepas dapat call daripada awak pagi tu. terus mandi, gosok baju dan bersiap. nervous tapi excited!berbaju kurung la saya pagi tu. dah macam gadis melayu terakhir dah. siap dgn heels lagi. haha. saya taktahu ape pandangan awak terhadap saya pagi tu. lawa ke. huduh ke. over excited ke. gedik ke ape ke. saya taktahu.yang penting saya hepi jadi diri saya sendiri. ^___^


jauh perjalanan kita pagi tu kan. dari puncak alam naek bus rapid ke shah alam. urm.. first time awk duduk sebelah saya. siap tidur dgn nyenyak lagi. suke tgk awak ade sebelah saya walaupun awk tidur.  pada saya setiap waktu awak dgn saya adalah waktu paling berharga. saat yang tak boleh saya sia2kan. even kat kolej pon kita takde mase yg cukup. cume sesekali terserempak. dan kadang pegi makan. dah mcm org asing. tapi skrg awk dah pandai senyum dan tegur saya kalau kite terserempak. dah tak asing dah. hehe. :)


ok. sebenarnya pagi tu nk menuju ke Kuala Kubu bahru. ade kenduri. sebab tu saya macam gadis melayu je. haha. yg pasti mak awak ada sekali kat kenduri tu. dan sebab itu SARIPAH JAMALUDDIN jadi mcm tak keruan ckit. luaran cool je. padahal dalaman mcm2 rase. huhu.
saya tak sangke, tak duga dan tak jangke awak nak bawak saya pagi tu. tapi saya hepi. membe saya diajak sebagai kawan je, tp tu pon da syukur sgt. ^____^


dalam train tu saya moody je kan. ntah. tapi saya cemburu. saya saket hati. saya tak suke. taktahu kenapa kali ni saya perlu luahkan. perlu. tak mampu lagi nk simpan. saya penah cakap, nk berkawan, berkawan lah tapi ada batasan tak kira kamu dgn sesiapa pun. sebab saya cukup menjaga pergaulan saya dgn semua lelaki. menjaga dari semua segi. bkn je diri saya sendiri tapi nama baek awak jgk. awak mungkin rasa saya melampau. tapi saya manusia biasa. saya sendiri tak sedar khilaf saya. wlaupun awak terima saya seadanya, saya tetap perlu hormat, jge hati awk. sbb saya nk hidup dengan awak bukan sehari dua. saya ada impian. saya dah simpan angan2. saya nk bina angan2 dan impian saya tu sampai jadi kenyataan kalau diizinkan ALLAH. cume kadang2 saya rasa tercabar. saya tak pernah halang atau larang ape yg awak nk buat. tapi saya merayu pada awk, hati saya milik awak. jagalah ia sebagaimana awak menjaga hati awak. saya tak minta banyak.


sesampai je dekat stesen komuter Kuala Kubu Bahru kne tgu abg ipar awak amek. pdahal umah kenduri tu dekat je. dalam hati ni tuhan je yg tahu ape saya rase. alhamdulilah. saya rasa saya diterima dengan baek. *mungkin. first impression kan. huhu. bersalaman dgn semua orang termasuk sedara mara yang saya tak kenal. paling saya terharu saat saya mencium kedua tangan ibu awak, saat itu saya menerima ciuman seorang ibu. tak sama ciuman ibu sendiri dgn ibu orang lain. perkara yg mmg saya jangke akan berlaku tetap berlaku. *kene interview. naseb la soalan basic. hehe. kita duduk same2. makan same2. borak same2. byk nya saya duduk dgn kakak awak je kan. kakak awak peramah. mereka layan saya macam dah lame kenal. boleh gelak same2. bestnye. kamu mmg hepi family kan. cemburunya saya. bkn family saya x bahagia tapi kami jarang dapat kumpul ramai2 mcm tu. kalau jmp pon mst x lengkap. bolehkan saya menumpang kasih dengan family awak??


aktiviti dekat kenduri adalah borak2. makan2 smpai lebam. lepaking dgn kakak awak dan maen2 dgn anak2 awak yg comel2 dan lincah tu. terubat rindu saya dekat anak2 saya bile melayan kerenah dorg semua. *anak buah ok. hee. pandang emak awak, terubat rindu saya dekat emak saya. awak lak asyik buat taik mate je. naseb la kakak awak ade. kalau tak macam org bodoh la saya sorg2. yg bestnye muke saya termasok skali la mase amek pic family dgn pengantin tu. *amek berkat. ceewaah! haha. bile lepak dgn cikgu, mmg tak la kan kene soal jgk. hope jawapan saya memuaskan hati kakak2 awak.


curi2 snap :D


budak ni. ^__^


petang tu lepas kenduri kite beramai2 berjemaah kerumah baru kakak awak. emak awak nak balek pahang dah malam tu. kejap btl dia dtg. tapi x pela. atleast dpt jmp jgk. mcm2 emak awak cerita pasal awak dekat saya. alhamdulillah saya dapat jd pendengar yg baek. lumrah la anak bongsu dpt kasih syg lbhkan. hehe. x de emak yg tak syg anak. kasih syg ibu lah tiada tolok bandingnye. besar harapan emak kamu ke kamu tahu tak. macam2 pesan dan amanat yg dia tgglkn. saya cube pegang semua tu. selagi kite masih bersame, selagi saya masih diperlukan, selagi itu saya akan jaga awak. insyaallah. selagi saya terdaya. :)


nampaknya mmg kita takkan balek puncak la kan. dah malam. saya sebagai pengikut hanya mengikut kemana saja awk pergi. huhu. *ayat pasrah kan.. hee. aktiviti biasa kat umah kakak kamu ape lg, borak2 la. tp kali ni de abg kamu. lg gamat jadinye. kakak ipar kamu peramah jgk. mmg mcm2 la yg saya kene bahan kan. redha jela. haha. cite mcm2. termasuk saket saya. saya harap mereka blh terima. sepatutnya saya tak blh biarkan benda ni. tapi saya perlukan masa. byk yg saya fikirkan. :/


malam tu sebelum semua orang berangkat menuju ke destinasi masing2, sekali lagi saya dapat ciuman drpd mak awak. *berkali2 sebenarnya. kamu sila jeles skrg!hehe. bkn kiz je yg saya dpt. dapat peluk jgk tau. dapat jus monavie jgk. hee. kitorg ikot kakak dia yg tgl kat port klang tu. tidur sana. x sempat dah nak balek puncak. otw balek tu masing2 lapar. baek la abg ipar awak belanje makan. hehe. kuat btl kamu makan kan. patutla muncit! :D
mak kamu pon ckp kamu kuat makan. saya da lama da tahu. hehe. sebenarnya puas tau tgk kamu makan. senang je hati. malam yg penat. tidur pon bestkan. pagi tu saya kejut awak bgn subuh. saya nak awk jadi imam saya. suatu hari nnt, insyaallah. :)


saya takkan pernah lupakan saat termanis ni awak. selagi hayat saya dikandung badan, selagi itu saya akan ingat. terima kasih untuk kenangan2 manis yg tercipta antara kita.
terima kasih kerana menerima saya seadanya. terima kasih buat saya bahagia. terima kasih kerana jadi pelengkap kpd semua kekurangan saya dan terima kasih kerana bersama saya.
terima kasih ya ALLAH. KAU pernah temukan aku dgn orang yg salah sebelum ini. doaku semoga dia adalah orang yg betul yang kau dtgkan untuk terus membimbingku menuju ke jalanMU. insyaallah.

MUHAMMAD FIKRI MAT TAMIN, terima kasih. :')




No comments: