Tuesday 25 December 2012

sembilan bulan sudah. :')

Alhamdulillah. sebelum sampai sembilan bulan ni, macam2 jadi tapi berjaya jgk jadi seorang yg penyabar untuk tempuh ujian2 yg datang. before this aku tak update yg ke-7 dan ke-8 bulan sebabnya 2bulan tu mmg saat yg sangat menyakitkan aku. aku mampu senyum, mampu gelak lagi even sebenarnya dalam hati ni tanggung macam2 keperitan dan kesakitan. mmg betul kalau ALLAH nk tunjuk kebenaran, bila2 pon boleh. kadang2 benda yang kita tak sangka dan jangka itulah yang selalu jadi. kalau nak di ingat dan di ceritakan, boleh menitis semula airmata ni. bukan senang nk bangun bila dah jatuh. orang yg melihat itu hakikatnya mmg mudah sebab dia tak pernah rasa menjadi diri kita. sebab itu aku paling tak suka bila orang compare hidup aku dengan hidup dia. aku adalah aku, bukannya kau. kau tak tahu pape. dan aku paling tak suka orang judge aku before kenal aku ni macam mana. after accident, bukan senang nk masuk kuliah semula. lepas sebulan setengah duduk rumah tanpa sebarang ilmu, aku sungguh jadi kosong. bukan dugaan accident je, dugaan cinta pon ya jgk. manusia mmg tak boleh dijangka. kadang2 yg menjadi punca segala masalah bukannya diri sendiri tapi pengaruh orang luar. bila sering difikirkan, itulah yg menjadi semakin besar. nak kata keluarga, dua2 belah dah knl siapa aku mahupun dia. alhamdulillah tiada halangannya. bila difikirkan semula, takde untung pun dengar kata orang lain sebab mereka bukan tahu kisah kita. jujurnya sakit hati. takde sape penah bagi ruang kat aku untuk tunjukkan kelebihan mahupun kebaikan yg aku ada. yang mereka tahu hanyalah sakit hati, iri hati dan busuk hati tengok kebahagiaan aku dan dia. bila kami hepi, mula nk mgata dan menjauh bagai. lepastu mulalah aku yg dijadikan punca. urm. kenapa bila dia dgn aku baru nk timbulnya segala rasa? adilkah untuk aku? sedangkan sebelum aku dan dia, korg tak pandang pon dia. aku merayu bagilah kami berdua ruang dan peluang untuk hubungan kami sendiri. mmg skrg dia Allah berikan bersama aku. akan dtg aku sendiri tak tahu apakah dia masih ada atau tidak denganku. dengan sedikit waktu ni tolonglah doakan kebahagiaan kami. aku sendiri tak pernah putus berdoa agar dia mmg jodohku, bakal imamku serta ayah buat zuriat2 ku. bukankah sahabat yg benar2 baik itu seharusnya sahabat yg sering mendoakan kesejahteraan sahabatnya yg lain walau apa pun keputusan sahabatnya itu.  ok. enough untuk cerita sedih ni. aku sendiri dah berniat nk lupakan semua ni. dan aku dah maafkan segala2nya kerana Allah lebih mengetahui. yg baik sentiasa datangnya daripada Allah dan segala kelemahan serta keburukan itu datangnya dari diri aku sendiri. aku jgk dah maafkan semua salah silap yg penah dia lakukan sebelum ni. biarlah selepas ni hidup aku penuh ketenangan. dan lepas ni walau apa pun yg jd aku redha. Allah tak pernah kejam terhadap hambanya. selebihnya biar aku dan dia yg tahu dan simpan sebagai pengajaran buat kami berdua agar ianya tak berulang lagi sampai bila2 harapnya.. ~

Mengingat kenangan indah bersamamu, membuatku tersenyum sendiri tanpa sedar air mata telah membasahi pipi, Tuhan kuatkan hatiku yang rapuh ini. Tuhan, mohon kabulkan doanya walau entah apa yang dia pinta, aku hanya berharap agar ada namaku didalam doanya. 

ok. rutin dua bulan dirumah sewa adalah pergi kuliah, balik, tdo, tgu fikri anta makan or pegi makan sama2 dengan dia dan weekend pulang kerumah kakak dekat damansara damai. dan kebiasaannya dia yg hantar. before this tiap2 minggu pergi hospital dia jgk yg hantar untuk wat follow up dan fisioterapi dengan pakar. hari2 aku tak pernah sekalipun kurang tanpa dia. tak pernah sehari pon kami tak berhubung. lepas aku accident mmg dia byk menjaga kebajikan aku. rasanya dia faham keadaan aku. yupp. aku belum pulih sepenuhnya. aku cuba kuat sebab bila aku down mmg dia yg byk bg semangat. bila aku menanges, aku menanges sungguh2 depan dia. bila aku nk bercerita, dia lah tempatnya dan bila aku marah, dia jugalah mangsanya. semuanya dia. tak pernah aku dengar rungutan dia tiap kali aku perlukan dia. dia bukan je kekasih, malah segalanya. sahabat, kawan. sungguh dia hebat! aku tak damba seorang lelaki yg hebat, cukuplah dia yg mampu membimbingku. 

dia berjaya mengubah aku. perlahan-lahan aku berusaha dan belajar untuk menjadi lebih baik dengan adanya dia. aku cuba. sekurang-kurangnya dia telah menjadi pembuka jalan buatku. aku bebas menjadi diriku. aku bebas meluahkan apa saja. waktu aku dengan dia, aku lupa segala masalah. kalaulah aku mampu berfikir semua perkara mudah seperti mana yang dia fikirkan, aku pasti segala-galanya akan jadi lebih mudah dan lancar. dia tak pernah fikir sesuatu masalah itu sebagai satu halangan pun. sebab tu aku sangat perlukan dia. kalau tak huru-hara hidup aku. dia tak pernah tentukan apa yg aku boleh buat dan tak boleh buat tapi sebaliknya dia sering menjadi seorang penasihat buat aku untuk berfikir sebelum aku nekad dengan keputusan aku.

aku sedar aku mmg bukan yang terbaik mahupun seorang yg sempurna untuk dia tetapi sekurang-kurangnya aku berusaha untuk sentiasa ada dengan dia bila dia perlukan aku. pada aku setiap senyuman dan tawa dia dah cukup untuk jadi penawar pada setiap duka aku. sembilan bulan ni even banyak mana pun ujian yg dtg, dia tak pernah sekali tinggalkan aku. cuma kadang2 manusia ni buat silap iaitu sering belajar menghargai setelah kehilangan. apa pun tiada siapa yang sempurna dan lepas dari membuat kesilapan. kalau boleh biarlah apa yg silap itu menjadi pengajaran dan kekuatan untuk kami terus tabah melalui hari2 dan ujian yang akan mendatang. doakan.

fikri,
terima kasih untuk kebahagiaan ini.
terima kasih menjadi yang cukup terbaik serta terhebat buatku.
alhamdulillah 9bulan sudah usia hubungan kita.
doaku semoga jodoh kita berpanjangan hingga ke akhir hayat.
semoga apa yang kita impikan bersama selama ini tercapai dengan redhanya.
orang sayang dia.
insyaAllah sayangku ini, setiaku ini dan diriku ini hanya untukmu selamanya.
dan insya Allah kaulah imamku serta ayah buat zuriat2ku kelak.
aminnn.

sayang abang. :')

No comments: