Monday 19 November 2012

alhamdulillah.

"permulaan sabar itu pahit tetapi manis akhirnya."

walaupun awan kerap kali berubah warnanya kadang kala cerah kadang kala mendung tetapi dia tetap teguh bersama langit.

hati saya hanya ada satu. dan yang satu ini telah saya tetapkan pada yang satu saja. maaf untuk semua salah saya. bukan niat saya untuk menyakiti sesiapa. hormatilah pendirian dan ketetapan hati serta perasaan saya. 

alhamdullilah. saya hargai semua pengorbanan awak lakukan untuk saya. saya hargai setiap saat awak bersama saya. saya hargai setiap keringat awak. saya hargai setiap senyuman yang awak berikan pada saya semata-mata untuk membahagiakan saya. saya hargai segalanya yang awak lakukan untuk membuat saya sentiasa tersenyum. ALLAH berikan awak. berikan saya seseorang yang sempurna segalanya. terlalu baik awak pada saya. terlalu banyak budi awak pada saya. belum tentu saya mampu membalasnya didunia. saya hanya mampu berdoa agar ALLAH berikan awak nikmat melebihi segalanya yang awak pernah berikan pada saya. Alhamdullilah. Allahuakhbar. 

dear Muhammad Fikri Bin Mat Tamin,

"Walau dengan siapa pun Allah jodohkan kita, Bersyukurlah dengan kelebihannya dan Bersabarlah dengan kekurangannya.'

awak, tanpa awak siapalah saya?:') kisah kita berbeza kan awak. malam ni saat ni puas saya duduk memikir. saya tak boleh tanpa awak. kuat mana saya cuba menolak. kuat mana saya cuba tersenyum tanpa awak, saya tetap tak mampu. i'm not myself. 

Nak cipta satu kenangan tu senang, tapi nak melupakan kenangan tu memang susah kan. Sebab tu bila dia dah takde pun, kita akan menangis.

sebelum semuanya terlambat, saya nak ucapkan terima kasih sebab sentiasa menjadi yang terbaik buat saya. sentiasa mengukir senyuman buat saya even kadang2 karenah saya melebihi seorang anak kecil. terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan baik buruk Mrs Alien awak ni. saya tak pernah lupa setiap saat yang awak sumbangkan buat saya. tak pernah saya lupa saat jatuh bangun saya awak sentiasa ada. tak pernah awak gagal sekalipun. saya hargainya. alhamdulillah. :')

Learn to appreciate what you have, before time makes you appreciate what you had.

andai satu hari nanti saya pejam mata selamanya, saya harap masa tu saya dah mampu buat orang yang saya sayang tersenyum dan sentiasa mengingati saya walaupun hanya dalam doa.

alhamdulillah. bila berdoa itu sangat indah. terima kasih juga kerana mengajarkan aku menjadi semakin dekat padaNYA. terima kasih kerana menjadi pembuka jalan buatku mengejar redhaNYA. saya harap awak merasakan yang sama. saya tak mampu menjadi yang sempurna. sedaya saya, saya cuba menjadi yang terbaik untuk tetap teguh berjalan bersama awak. saya harap awak sedar. ALLAH sentiasa buka jalan pada kita. jangan penat berdoa kerana ALLAH tak pernah sekalipun penat mendengar doa kita. hari ini ALLAH dtgkan ujian pada saya. saya harap saya mampu menghadapinya. 

lihatlah pada siapa yang menghulur tangan tatkala kita jatuh tersungkur. lihatlah pada siapa yang membawa kita berdiri bersama huluran itu.

awak terima kasih. :')

No comments: