Thursday 10 January 2013

kita :)

Alhamdulillah. kebelakangan ni hari2 aku penuh dengan kebahagiaan. syukur sangat. nak dibandingkan dengan dulu. dari zaman kejatuhan, aku bangun perlahan-lahan. Allah tak pernah menguji aku melebihi kemampuan aku. Alhamdulillah. sekarang ni dah final exam dah untuk semester 2. urm. since accident aritu aku mmg tak sempat nk belajar semua semula. perlahan2, sikit2 aku cube gak gagahkan diri dan tabahkan hati nak hadapi final ni. tinggal 4paper je lagi pastu merdeka lah untuk semester ni. target untuk final adalah untuk lulus semua paper. haha. kenapa? sebabnya aku sendiri tak yakin dengan diri aku. huhu. maaflah. sku hanya manusia biasa. ok. lupakan kejap pasal final tu. meh sini kite teruskan cerita. :)

memang hari2 yang penuh bahagia ni tak lengkap tanpa DIA. hehe. sebab DIA jugak aku boleh senyum sampai sekarang ni dengan senang hati. DIA ni lah yg sukanya menegur, membebel, jaga aku, buat aku sakit hati, bahan aku, kutuk aku, bertumbuk dengan aku, susah senang dengan aku, senyum gelak ketawa mengilai2 (betul tak ejaan?) dengan aku. pokoknya semua dengan dia. kalau akar aku tak tau. haha. kalau sehari tak merajuk or tak memuncungkan muncung aku ni memang tak sah. DIA pon dah paham sangat dah dengan si kecik DIA ni. kadang2 sebab benda kecik or yang takde kaitan pon boleh jadi isu. tapi sebenarnya sebab kan hal2 macam ni lah aku dan DIA jadi bertambah dekat dan lebih memahami diri memasing. aku ni kasar orang nya. kadang2 dengan DIA pon kasar. tapi Alhamdulillah semakin hari semakin baik. dari asyik nak menang, dah boleh belajar mengalah sikit2. mengalah bukan bermaksud kalah tau. bagi chance je. dan DIA pon semakin berubah. aku nampak semua tu dari hari pertama peluang tu aku bagi kat DIA. Alhamdulillah. macam2 aktiviti yang aku dan DIA buat. aktiviti ke? haha. asalkan boleh kan. kitorg ni suke makan tau. sile tengok perot DIA sekarang. walaupun perot DIA semakin membesar macam ibu2 yg tengah mengandung, aku tetap syg DIA. (takde kaitan). haha. senang hati tengok DIA. jom tengok ape yg kitorg suke. :)



kalau tengok wayang ni febret aku. hehe. Istanbul aku datang tu memang aku nak tengok sangat. dah dapat tengok dah malam tu jugak kat Setia City Mall. romantik gile cite ni. CZ 12 tu plak tengok last week kat The Curve masa DIA nak hantar aku balik rumah damansara. sempat lagi singgah. haha. tak plan pon. DIA yang bawak. cite ni lagi lah best. memang tak salah pilih. tengok lah siapa yang pilih. (DIA pilih semuanya kene je dengan aku. heran gak kadang2.) haha. banyak dah cite yg kitorg dah tengok. tapi ni yang paling latest. hehe


yang ni memang febret kami berdua. melantak kek kat secret recipe puncak alam. sedap baq ang. kadang2 dah makan nasi, boleh lagi minta kek. kami memiliki perot dan selera raksasa barangkali. haha.
tengok la tu tangan DIA. haha. sejujurnya boleh dikatakan kek2 yg aku makan, DIA yang pilih dan semuanya sedap. he know me well. selalu kalau makan aku mesti suruh DIA yang pilihkan sebab aku tau DIA pilih semuanya sedap dan mengikot selera aku. pandaikan buah hati aku pilih. mengikot selera tekak aku lagi tu. haha. cayalah abang. ;)


ok. yang ni semalam lepas exam CTU 551.
pagi tu pukul 6 lbh lagi DIA dah merempit amek aku kat rumah damansara ni untuk exam. sampai2 je kitorg terus gerak ke UiTM puncak alam. takot lambat nk jawab exam. oleh kerana beliau merempit dengan derasnya, haha. kitorg sampai awal dan sempat study sesame jap. sweet kan. first time semester ni aku dapat duduk dengan DIA macam semalam. happy boh. hehe. he's mine ok ! take note wahai wanita2 puncak alam. hehe. lagilah bersemangat aku nak jawab exam semalam. haha. ngengade kejap. (^_^)
before DIA hantar aku balik semalam, kitorg singgah makan jap kat tempat febret kitorg (secret recipe la.)
kek kat situ sedap. haha. semalam DIA pilih spaghetti meatballs dan aku pilih grilled black pepper chicken macam yang diatas. dan kek tu adalah pilihan beliau tapi aku yang melantak. new york cheese cake. haha. sedap sangat. betul tak aku cakap he know me well. thats my love. :')



yang big apple ni pulak aku request semalam jugak tapi beliau kata jauh. lagipun puncak alam memang takde big apple pon. haha. dah DIA tanya aku nak makan ape. aku cakap lah big apple. masa tu memang otak aku pikir benda alah ni pon. yang gambar kat atas ni masa kitorg masuk pertandingan bowling aritu. lame tak lame dah lah. DIA la ni yang ajar aku makan benda sedap-sedap. kan aku dah minta yang mengarut2. haha. makwe sapekan. kemane perginye perangai dua kali lime tu kalau tak ke makwe sendiri. kuikuikui.


ok. ni masa kat Johnny's Restaurants kat Jusco bukit raja.
malam tahun baru aritu before tengok bunga api kat tepi jalan dekat dengan ICT (jalan sesak gile. maka nya kami tengok dalam kete aje) dan overnight kitorg melantak steambot kat sini. memang kenyang giler ! name benda alah diatas adalah banana split. ni lepas makan steambot makan ni plak. sedap sgt ice cream tu. ade tige perisa siap ade pisang lagi. DIA gak yg pilih. aku cuma tahu makan je. haha.


tara ! inilah aku dan DIA. :)
semoga Allah berikan kebahagiaan yg abadi buat aku dan DIA.
dan
semoga jodohku memang bersamanya.
Inshaallah, jika benar DIA pemilik tulang rusukku, korg semua aku belanja makan nasi minyak nanti k.
aminn ya Rabbal alaminn. 
yang baik datang daripada ALLAH dan yang buruk itu adalah khilaf aku sendiri. :)
pada yang mendoakan kebahagiaan kami, Alhamdulillah terima kasih. semoga anda dirahmati Allah.
dan
pada yang tak suka or dengki and what so ever, terima kasih jugak. semoga Allah merahmati anda2 semua.
wassalam.....





No comments: