Friday 26 April 2013

i miss you. ~

rindu sangat nak update blog. rindu sangat nak bercerita dekat blog ni. rindu sangat nak merepek dekat sini. terlalu lama rasanya menghilang. terhalang oleh ruang dan waktu yang sentiasa tak pernah cukup untuk aku. sentiasa dicemburui dan mencemburui. walaupun sekarang masih juga sibuk dengan macam-macam perkara, tetap juga nak update. rasa macam nak abadikan setiap apa yang ada. dah macam diari dah blog ni pada aku. hampir 3bulan aku tak update apa-apa sebabnya sibuk dengan urusan study. lepas dapat result untuk semester 2, aku sibuk pulak uruskan pasal kolej, yuran, zakat dan pengajian. Alhamdulillah, selesai semuanya walaupun ada macam-macam ujian. Redha dengan semuanya sebab taraf kita sebagai hamba memang layak diuji oleh DIA. perlahan-lahan aku selesaikan segala masalah dan urusan bersendirian. gagahkan juga diri. tanya sana-sini. cuba berdiri dengan kaki sendiri tapi aku sering juga tersasar. dengan pertolongan kawan-kawan akhirnya semuanya berjalan lancar. pengalaman baru dalam hidup.

bermula semester tiga, aku dah start pergi kuliah sendiri sebab duduk kolej. dapat roomate baru dan housemate baru. rasanya aku lebih selesa macam ni walaupun kadang-kadang rasa sunyi sebab buat segalanya sorang-sorang. sebenarnya tak sorang-sorang sebab masih ada encik <3 yang temankan dan bagi semangat. kawan-kawan pun sama walaupun majoriti duduk luar kampus. dengan jadual kelas yang padat, kadang-kadang tak cukup rehat apatah lagi makan. semester ni lebih mencabar. semakin banyak project dan assignment yang semuanya meminta diberi perhatian. semester ni jugak ada dua kelas yang aku sama dengan  encik <3 . dari semester 1 lagi dah study dengan encik <3 cuma bezanya dulu study berdua, tapi sekarang ramai-ramai. rasa gementar tu tetap ada. setakat ni semuanya berjalan mengikut laluannya. dan harapnya sampai habis semester pun macam tu juga. dipermudahkan segalanya. :)

semester ni juga hubungan aku dengan encik <3 genap setahun. dah 3 semester jatuh bangun sama-sama. ujian yang datang kadang-kadang bukan yang diduga. dengan kesabaran yang tinggi je mampu menepis semuanya. Alhamdulillah, semakin hari semakin memahami, semakin gembira dan jujurnya aku bahagia. :)

celebrate birthday <3
22tahun.
"maaf takde hadiah. cume kek je yang mampu. hope abg suke dengan suprise ni."

tarikh yang sama juga, happy 1 year ! :)
25 Mac 2012 - 25 Mac 2013

wajah baru, hidup baru :)

kehidupan yang sibuk. masih meneruskan perjuangan untuk segulung ijazah. semoga dipermudahkan urusan kami berdua sehingga akhirnya. aminn

" Semua hari adalah sama. Jika datang hari yang menyedihkan, bersabarlah. Jika datang hari yang menggembirakan, bersyukurlah. "

Alhamdulillah. syukur. terima kasih Allah untuk segala yang kau pinjamkan ini. 
" setahun sebulan dan sehari. "


1 comment:

Siti Solehah said...

gambar aku mana?? :3